Tuesday, 25 May 2021
Sunday, 23 May 2021
Sunday, 16 May 2021
COKLAT DAN JENIS-JENIS COKLAT UTAMA YANG BERKHASIAT
Coklat adalah nama sebuah makanan
yang diolah dari biji koko. Memang tidak dapat dinafikan, coklat merupakan
makanan, minuman dan snek paling popular di kalangan kanak-kanak mahupun orang
dewasa.
Walau bagaimanapun, prespektif yang
menganggap coklat sebagai makanan snek yang tidak berkhasiat adalah kurang
tepat. Tetapi hakikatnya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya
menyumbang kepada keperluan pemakanan yang seimbang.
Coklat mempunyai kandungan kakao atau
koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana
coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan
adanya antioksidan, ia mampu untuk membunuh radikal bebas dalam tubuh.
Banyaknya kandungan antioksidan di dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi
daripada teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber
antioksidan. Tidak kira umur, jantina dan bangsa, pasti jika disebut coklat
semuanya akan tahu dan mempunyai coklat kegemaran masing-masing. Sama ada
coklat yang dihasilkan dari coklat susu, coklat gelap atau coklat putih.
Tetapi adakah anda tahu khasiat
setiap jenis coklat yang dimakan? Mari sama-sama kita kenal pasti apakah
jenis-jenis coklat yang berkhasiat dan juga perbezaannya.
Terdapat 3 jenis coklat yang utama
iaitu :-
1) Dark Chocolate/Plain
Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)
Dark Chocolate
memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu
sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan
kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan juga tanpa lemak tepu
atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).
2) White Chocolate (Coklat Putih)
White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter
atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan
vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti
kerosakan gigi dan penyakit diabetes.
3) Milk Chocolate (Coklat Susu)
Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan
ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat
digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.
Jadi sebaik mungkin, pilihlah coklat
dengan kandungan gula yang sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang
dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang
mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda.
Latar belakang coklat
-
Jom Order Coklat COKLAT DAN JENIS-JENIS COKLAT UTAMA YANG BERKHASIAT Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko. Memang...


