Sunday, 16 May 2021

Jom Order Coklat




COKLAT DAN JENIS-JENIS COKLAT UTAMA YANG BERKHASIAT

Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko. Memang tidak dapat dinafikan, coklat merupakan makanan, minuman dan snek paling popular di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Walau bagaimanapun, prespektif yang menganggap coklat sebagai makanan snek yang tidak berkhasiat adalah kurang tepat. Tetapi hakikatnya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan yang seimbang.

Coklat mempunyai kandungan kakao atau koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksidan, ia mampu untuk membunuh radikal bebas dalam tubuh. Banyaknya kandungan antioksidan di dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan. Tidak kira umur, jantina dan bangsa, pasti jika disebut coklat semuanya akan tahu dan mempunyai coklat kegemaran masing-masing. Sama ada coklat yang dihasilkan dari coklat susu, coklat gelap atau coklat putih.

Tetapi adakah anda tahu khasiat setiap jenis coklat yang dimakan? Mari sama-sama kita kenal pasti apakah jenis-jenis coklat yang berkhasiat dan juga perbezaannya.

Terdapat 3 jenis coklat yang utama iaitu :-

1) Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)

Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan juga tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).

2) White Chocolate (Coklat Putih)

White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.

 

3) Milk Chocolate (Coklat Susu)

Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.

 

Jadi sebaik mungkin, pilihlah coklat dengan kandungan gula yang sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment

Latar belakang coklat